-->

Assalamualaikum.. Selamat Datang Ke Blog Rasmi Saya. Selesakan Diri Anda Untuk Melawat..

Kick Off Conference Penang 2017 Part 1


Hari ini 6 JAN 2017 semua agent-agent Prudential seluruh Malaysia berkampung di penang untuk Kick Off Conference Penang pada 7 JAN 2017. Orang penang jangan marah jalan jem teruk nanti. 

Alhamdulillah Jam 6 Petang kami selamat sampai di Penang dan menetap di Hasienda Homestay Bayan Lepas
Jarak homestay ini hanya mengambil masa 10 minit untuk ke Arena Of Spice Penang.  
Malamnya kami singgah makan nasi kandar di Restoran Tajuddin Hussain. 
Selepas makan kami lepak di Padang Kota Lama Penang yang mengambil masa dalam 2 hingga 5 minit sahaja dari Restoran tadi. 
Tengah-tengah lepak kapal cruise sedang belayar. 
Sempat la jugak bergambar berlatar belakang kapal cruise. Hehehe
Di padang kota jugak terdapat seperti uptown dimana banyak penduduk tempatan membuka gerai berniaga. 

Wokey sampai sini dulu. Esok saya sharing apa yang terjadi di spice arena penang. Stay tune ye.