-->

Assalamualaikum.. Selamat Datang Ke Blog Rasmi Saya. Selesakan Diri Anda Untuk Melawat..

Pilih Untuk Bercuti

Hari ini 3 Jan 2017 dan semestinya ramai yang sudah memulakan tugasan masing-masing. Ada juga yang menghantar anak memulakan persekolahan darjah 1..

Teringat pula masa darjah 1 mak hantar sekolah naik basikal. Lepas hantar mak pantau saya dalam beberapa minit untuk tengok saya bergaul dan berkawan dengan kawan baru. Ingat lagi kata-kata mak "bang,  mak balik dulu,  dengar cakap cikgu" pastu mak terus pulang naik basikal dan saya perhati dari jauh mak pulang. Sedih pulak rasanya..

Semalam 2 Jan 2017, walaupun peha dan betis masih sakit lagi kerana sudah lama tidak bersenam dan tiba-tiba sertai naik gunung pulak tu, hehehe  saya layankan juga isteri tercinta shopping di bangi gateway & bangi sentral. 100% usahawan Melayu yang berniaga dikawasan bangi gateway dan bangi sentral.

Fashionista tempat butik baju dan tudung untuk wanita
Tengok tu bukan main lagi dia tu.. 

Ada lagi banyak kedai dalam bangi gateway hendak tahu lebih lanjut boleh refer web http://www.bangigateway.com banyak informasi yang anda boleh dapat. 

Lepas bangi gateway dia ajak pula pergi bangi sentral.  Best jugak kat sana,  tempat usahawan Melayu berniaga. Alhamdulillah bangga sebagai bangsa Melayu. 


Muaz pun ada jugak berniaga kat sini. Ibarat macam syurga tudung buat wanita. Banyak tudung dan baju untuk wanita jual disini dengan harga yang amat berbaloi-baloi

Ini wisma yang menarik perhatian saya. Teringin jugak nak kenal dengan owner wisma ni. Inshallah satu hari nanti. 

Lebih lanjut tentang bangi sentral boleh tengok web http://www.bangisentral.com.my

Dan hari ini 3 Jan 2017 saya memilih untuk bercuti maklumlah berniaga sendiri hehehe serta menghabiskan masa dengan isteri. Salah satunya menonton wayang filem "The Great Wall" saya sarankan anda menonton filem tersebut. Kisah sejarah mengapa tembok besar cina diwujudkan. 




Saya bagi 5 Bintang untuk filem ini. Memang tidak rugi untuk menonton. 

Ok setakat ini sahaja ya. Saya  sudah mengantuk mahu tidur. Esok mula bekerja seperti biasa. 

Sebelum tu sesiapa yang teringin tahu tentang prudential bsn takaful boleh hubungi saya ya. 

Selamat malam semua..