-->

Assalamualaikum.. Selamat Datang Ke Blog Rasmi Saya. Selesakan Diri Anda Untuk Melawat..

Ingat Mati, Jaga Solat

Teringat pesan mak aku.. kalau mak dan ayah sudah  tiada nanti..selepas perkebumian jangan balik lagi.. tunggu 10-15 minit kerana masa itu malaikat akan datang.. jika masih ada anaknya di atas kubur.. malaikat itu akan tanya kepada arwah dengan nada yang rendah..

Nabi kata, bila kita dimasukkan ke dalam kubur..badan kita bersandar dengan batu, dengan tanah, dengan kain kapan..akhirnya dihadapkan ke arah kiblat, dibuka muka kita, pipi kita ini kena tanah..duduk dalam kubur menghadap kiblat..

Isteri menangis, suami menangis, anak-anak menangis..lepas itu diambil papan, tutup..tanah pun diturunkan perlahan-lahan..bila dah sampai separuh kubur, tukang kubur pun naik melompat ke atas. Bila melompat naik ke atas, tutup! Dipijak-pijaknya kubur..

Nabi kata bila berpaling sahaja muka orang yang menghantar kamu ke belakang dari kubur, kamu mendengar tapak kasut orang balik. Kita dengar tapak kasut mereka..derap-derap deru, mereka kita dengar. Maka pada masa itulah..roh kita akan duduk..duduknya roh dan kaki melunjur. Tegak badan..

Maka pada masa itulah, dia panggil  orang-orang yang hantar dia..kalau isteri hantar, dia panggil isteri dia.. "Pah..takkan tinggalkan abang, Pah..kata hendak sehidup semati, Pah.."..Pah tidak dengar. Pah bawa cerek dengan daun pandan balik..sambil lap air mata.. Sayang macam mana isterinya pun, dia balik.. Suami dia panggil "Pah, jangan balik, Pah..tunggu abang Pah..". Dia balik.

Lepas itu  dia nampak anak-anak dia balik. Dia panggil anak-anak dia. Anak-anak dia tidak dengar. Selepas mereka beredar sahaja, datanglah dua malaikat. Yang hitam kedua-duanya. Yang biru kedua-duanya. Kita panggil blue black.. Dan kamu dengar derap kaki dia lebih kuat daripada derap kaki orang yang balik tadi.. Siap dengar rantai yang dia bawak lagi.. Lagi menggerunkan...
Yang tidak pernah senyum, yang tidak pernah ketawa..dia masuk terus menghadap kepada kamu. Dan terus memanggil kamu "Hai manusia".. Dia tidak kata dah Hai ustaz.. Dia tidak sebut wahai datuk seri. Tidak.. Dia tidak sebut wahai tuanku.. Tidak.. Dia tidak sebut. Malaikat pun tidak kenal kita. Malaikat tidak panggil hajjah, haji.. Dia panggil "Hai manusia"..

"Hai manusia..apa pendapat kamu tentang Muhammad bin Abdullah". Itu soalan dia. Maka manusia tadi menjawab "Dia itu adalah hamba Allah, dia adalah pesuruh Allah..aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah." Kalau itu jawapan kita, selamat kita..dia tidak tanya lagi, Marobbuka, Manabiyuka..dia tidak tanya lagi..soalan pertama, apa pendapatmu..tentang Muhammad bin Abdullah.

Lepas soalan ini, maka lepaslah soalan lain. Maka malaikat tadi dengar apa yang kita jawab, malaikat kata "Kami tahu sudah  kamu akan jawab macam itu..sahaja kami tanya.." "Hendak pastikan bahawa kamu ini orang yang baik." Maka kata malaikat kepada lelaki tadi, "Tidurlah kamu di dalam kubur ini macam tidurnya pengantin."

Maka ahli kubur tadi berkata "Pulangkan aku balik ke dunia..aku hendak balik kepada keluarga aku. Aku hendak bagitahu keadaan aku dalam kubur. Tolong hantarkan aku balik." Rayu si mati kepada malaikat.

Rupanya orang mati ini hendak minta balik. Bukan hendak  makan nasi briyani gam.. Bukan balik hendak  tengok tv.. Bukan. Dia balik ini sebab hendak bagitahu pada anak-anak dia sembahyanglah.. "Wahai anak2ku, sembahyang.. Wahai isteriku, sembahyang.. Wahai suami, sembahyang.." Dia hendak bagitahu yang itu..Tapi malaikat kata "Tidak boleh balik. Kamu sekarang berada di alam barzakh. Kamu tidak boleh campur dengan alam dunia"..
Kalau kamu orang yang baik kata Nabi, akan diluaskan kubur tujuh puluh hasta, dilebarkan tujuh puluh hasta dan dicerahkan kubur kamu.
Tetapi biarpun mayat tidak boleh khabarkan kepada kita, Nabi sudah khabarkan pada kita. Itulah untungnya kita jadi umat Nabi Muhammad saw. Kalau kamu hendak 70 hasta, kalau kamu hendak cerah dalam kubur, ini amalan yang kamu harus buat. Kalau kamu hendak gelap dalam kubur, kalau kamu nak tulang rangka kamu berselisih, ini amalan yang kamu harus buat. Semuanya bergantung di tangan kamu. Madu di tangan kanan, racun di tangan kiri. Pilihlah mana yang kamu hendak buat.
Sesungguhnya bekalan yang paling baik adalah taqwa.
.
.
.
#ingatlah mati.....
#Jagalah solat kamu.....
#Ustaz Kazim Elias....